Untuk paparan terbaik, sila guna Google Chrome. Boleh klik di sini untuk muat-turun.



Sunday 22 May 2011

Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung ke-8

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kunia-Nya, majlis yang berlangsung pada tanggal 17hb Mei 2011 telah selamat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada majlis yang diadakan di ruang utama Balai Islam Taman Pandan Mewah, lebih 70 ahli kariah telah hadir untuk sama-sama meraikan penyampaian Anugerah Cemerlang kepada anak-anak kariah yang telah lulus dengan jayanya pada peperiksaan SPM, UPSR dan PMR yang lepas, dan seterusnya bagi melaksanakan Mesyuarat Agung ke-8 Balai Islam.

Tepat jam 9.30 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Satu Balai Islam, Imam Muhammad Abu Thalhah Sukiman, diikuti dengan ucapan Pengerusi Balai Islam (Hj. Abd. Haffidz Md. Nor). Seterusnya, tetamu undangan khas, YBHG. Tuan Haji Moghni Asrori (Pegawai Tadbir Agama - Kadi Daerah Hulu Langat) memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis untuk hari tersebut.




Berikut adalah penerima anugerah pelajar cemerlang bagi peperiksaan tahun 2010:

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)














Tepat jam 11 pagi, Mesyuarat Agung Balai Islam kali ke-8 telah dimulakan dan tamat pada jam 12 tengahari. Segala pandangan dan komen dari ahli kariah telah dicatit dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Balai Islam untuk dibincangkan dan dilaksanakan demi mengimarahkan lagi Balai Islam Taman Pandan Mewah.




Majlis telah disudahi dengan jamuan makan tengahari dan seterusnya solat Zohor berjemaah.

Terima Kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi, diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga Allah memberkati majlis tersebut.

Amin. 


Read more...

Tuesday 10 May 2011

Mesyuarat Agong ke-8 Balai Islam Taman Pandan Mewah

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Balai Islam Taman Pandan Mewah kali yang ke 8 akan diadakan pada 17 Mei 2011 (Selasa) bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Balai Islam Taman Pandan Mewah.

Agenda mesyuarat :

  1. Perasmian oleh Tuan Kadi Kajang
  2. Ucapan Tuan Pengerusi Balai Islam
  3. Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang
  4. Penyampaian hadiah acara pingpong
  5. Pembentangan minit mesyuarat ke-7
  6. Perkara-perkara berbangkit dan hal-hal lain.
Semua penduduk Taman Pandan Mewah dijemput hadir.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP