Untuk paparan terbaik, sila guna Google Chrome. Boleh klik di sini untuk muat-turun.



Monday 26 December 2011

Erti Bacaan Qunut Subuh






Read more...

Saturday 19 November 2011

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya :

"Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya?"

Rasulullah menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala". (Sahih Bukhari dan Muslim)



Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata :

“ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia? "

Rasulullah menjawab :  Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silaturahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Read more...

Thursday 4 August 2011

Bersikap dermawan di bulan Ramadhan




Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani)

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (HR Bukhari)

Read more...

Tuesday 2 August 2011




Marhaban Ya Ramadan

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر



Moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadhan ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadhan. 

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan." (Riwayat Ahmad).

Selamat Berpuasa.



Read more...

Monday 1 August 2011

Matlamat Puasa


Matlamat puasa ialah TAQWA.

Erti taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." (Al Baqarah: 183)

Read more...

Sunday 22 May 2011

Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung ke-8

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kunia-Nya, majlis yang berlangsung pada tanggal 17hb Mei 2011 telah selamat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada majlis yang diadakan di ruang utama Balai Islam Taman Pandan Mewah, lebih 70 ahli kariah telah hadir untuk sama-sama meraikan penyampaian Anugerah Cemerlang kepada anak-anak kariah yang telah lulus dengan jayanya pada peperiksaan SPM, UPSR dan PMR yang lepas, dan seterusnya bagi melaksanakan Mesyuarat Agung ke-8 Balai Islam.

Tepat jam 9.30 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Satu Balai Islam, Imam Muhammad Abu Thalhah Sukiman, diikuti dengan ucapan Pengerusi Balai Islam (Hj. Abd. Haffidz Md. Nor). Seterusnya, tetamu undangan khas, YBHG. Tuan Haji Moghni Asrori (Pegawai Tadbir Agama - Kadi Daerah Hulu Langat) memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis untuk hari tersebut.




Berikut adalah penerima anugerah pelajar cemerlang bagi peperiksaan tahun 2010:

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)














Tepat jam 11 pagi, Mesyuarat Agung Balai Islam kali ke-8 telah dimulakan dan tamat pada jam 12 tengahari. Segala pandangan dan komen dari ahli kariah telah dicatit dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Balai Islam untuk dibincangkan dan dilaksanakan demi mengimarahkan lagi Balai Islam Taman Pandan Mewah.




Majlis telah disudahi dengan jamuan makan tengahari dan seterusnya solat Zohor berjemaah.

Terima Kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi, diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga Allah memberkati majlis tersebut.

Amin. 


Read more...

Tuesday 10 May 2011

Mesyuarat Agong ke-8 Balai Islam Taman Pandan Mewah

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Balai Islam Taman Pandan Mewah kali yang ke 8 akan diadakan pada 17 Mei 2011 (Selasa) bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Balai Islam Taman Pandan Mewah.

Agenda mesyuarat :

  1. Perasmian oleh Tuan Kadi Kajang
  2. Ucapan Tuan Pengerusi Balai Islam
  3. Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang
  4. Penyampaian hadiah acara pingpong
  5. Pembentangan minit mesyuarat ke-7
  6. Perkara-perkara berbangkit dan hal-hal lain.
Semua penduduk Taman Pandan Mewah dijemput hadir.

Read more...

Wednesday 20 April 2011

Surah Al-Qadr

SURAH al-Qadr mempunyai keagungan dan kemuliaan tersendiri kerana mengandungi penjelasan mengenai suatu malam kitab suci al-Quran diturunkan dari Allah s.w.t. ke dunia sehingga dengan membaca surah ini, seseorang akan mendapati kelebihan dan kehebatannya.

Surah Al-Qadr mempunyai lima ayat yang bermaksud:

“Bahawasanya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah sebenarnya malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu (adalah suatu malam yang mulia) lebih baik (perbandingannya dengan malam-malam yang lainnya) seribu bulan, (kerana) pada malam itu turun malaikat termasuk (pimpinan mereka) malaikat Jibrail dengan izin Tuhan mereka untuk (menetapkan) pengaturan segala urusan, (pada) malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah terbit fajar (masuknya waktu sembahyang Subuh).” (al-Qadr: 1-5).

Disebutkan satu kisah pada suatu hari, al-Faqih al-Imam al-Wali al-Kabir Ahmad bin Ujail didatangi seorang miskin dan mengadu mengenai kemiskinannya.

Seterusnya, dia diperintahkan supaya membaca surah al-Qadr sebanyak yang mungkin dan membaca doa:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah, rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabatnya.

“Ya Allah, wahai Zat yang mencukupi dari sekalian makhluk-Nya, tetapi tiada seseorangpun yang memerlukan-Nya di kalangan semua makhluk-Nya. Wahai Zat Yang Esa yang tiada bandingannya, putuslah segala harapan tanpa harapan daripada-Mu, hilang cita-cita melainkan kepada-Mu, dan amat sukar perjalanan kecuali menuju Engkau. Wahai penolong orang yang meminta tolong, tolonglah aku.” (dibaca sebanyak tujuh kali).

Sesiapa yang mempunyai hajat besar, dia hendaklah membaca surah al-Qadr sebanyak 141 kali kemudian membaca doa berkenaan sebanyak tujuh kali. Jika mengamalkannya, insya-Allah, hajatnya akan segera dimakbulkan.

Barang siapa membaca surah al-Qadr 1,000 kali pada hari Jumaat, maka dia tidak meninggal dunia sebelum sempat melihat Nabi Muhammad s.a.w. di dalam tidurnya.

Orang yang membaca surah al-Qadr 10 kali dan surah al-Ikhlas 10 kali pada sebekas air lalu dipercikkan pada pakaian baru, maka dia akan selalu dalam penghidupan yang lapang selagi pakaian itu dipakai.

Sesiapa membaca surah al-Qadr tiga kali setiap selesai sembahyang Maghrib dan Subuh kemudian membaca doa seperti di bawah ini, maka di antara dia dan iblis akan dibangunkan sebuah benteng pembendung Yakjuj dan Makjuj.

Doa itu bermaksud: “Ya Allah, Zat yang mempunyai kekuasaan, maka hilangkanlah dariku sebarang kesusahan dan kesukaranku.”

Read more...

Thursday 7 April 2011

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. 

Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. 

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.....



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursiketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.,



Read more...

Sunday 3 April 2011

4 Peringkat Dosa

Dosa akan datang dalam 4 peringkat..



Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya....


Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua...
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya....
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak.. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD..

Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee.. setakat sebotol tak mabuk lagi."
Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... 


Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.. Pada peringkat ini akan terdengar suara suara, orang mula mempertikaikan hukum Al-Quran dengan mengatakan ianya tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana Al-Quran turun 1400+ tahun dahulu, dan ianya perlu dikaji atau ditafsir semula...

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini?"

Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." 

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut?" 

Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Wallahualam... 

Read more...

Thursday 31 March 2011

APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun
. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. 

Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.


Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."


Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... 

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP