Untuk paparan terbaik, sila guna Google Chrome. Boleh klik di sini untuk muat-turun.



Wednesday 20 April 2011

Surah Al-Qadr

SURAH al-Qadr mempunyai keagungan dan kemuliaan tersendiri kerana mengandungi penjelasan mengenai suatu malam kitab suci al-Quran diturunkan dari Allah s.w.t. ke dunia sehingga dengan membaca surah ini, seseorang akan mendapati kelebihan dan kehebatannya.

Surah Al-Qadr mempunyai lima ayat yang bermaksud:

“Bahawasanya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah sebenarnya malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu (adalah suatu malam yang mulia) lebih baik (perbandingannya dengan malam-malam yang lainnya) seribu bulan, (kerana) pada malam itu turun malaikat termasuk (pimpinan mereka) malaikat Jibrail dengan izin Tuhan mereka untuk (menetapkan) pengaturan segala urusan, (pada) malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah terbit fajar (masuknya waktu sembahyang Subuh).” (al-Qadr: 1-5).

Disebutkan satu kisah pada suatu hari, al-Faqih al-Imam al-Wali al-Kabir Ahmad bin Ujail didatangi seorang miskin dan mengadu mengenai kemiskinannya.

Seterusnya, dia diperintahkan supaya membaca surah al-Qadr sebanyak yang mungkin dan membaca doa:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah, rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabatnya.

“Ya Allah, wahai Zat yang mencukupi dari sekalian makhluk-Nya, tetapi tiada seseorangpun yang memerlukan-Nya di kalangan semua makhluk-Nya. Wahai Zat Yang Esa yang tiada bandingannya, putuslah segala harapan tanpa harapan daripada-Mu, hilang cita-cita melainkan kepada-Mu, dan amat sukar perjalanan kecuali menuju Engkau. Wahai penolong orang yang meminta tolong, tolonglah aku.” (dibaca sebanyak tujuh kali).

Sesiapa yang mempunyai hajat besar, dia hendaklah membaca surah al-Qadr sebanyak 141 kali kemudian membaca doa berkenaan sebanyak tujuh kali. Jika mengamalkannya, insya-Allah, hajatnya akan segera dimakbulkan.

Barang siapa membaca surah al-Qadr 1,000 kali pada hari Jumaat, maka dia tidak meninggal dunia sebelum sempat melihat Nabi Muhammad s.a.w. di dalam tidurnya.

Orang yang membaca surah al-Qadr 10 kali dan surah al-Ikhlas 10 kali pada sebekas air lalu dipercikkan pada pakaian baru, maka dia akan selalu dalam penghidupan yang lapang selagi pakaian itu dipakai.

Sesiapa membaca surah al-Qadr tiga kali setiap selesai sembahyang Maghrib dan Subuh kemudian membaca doa seperti di bawah ini, maka di antara dia dan iblis akan dibangunkan sebuah benteng pembendung Yakjuj dan Makjuj.

Doa itu bermaksud: “Ya Allah, Zat yang mempunyai kekuasaan, maka hilangkanlah dariku sebarang kesusahan dan kesukaranku.”

Read more...

Thursday 7 April 2011

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. 

Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. 

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.....



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursiketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.,



Read more...

Sunday 3 April 2011

4 Peringkat Dosa

Dosa akan datang dalam 4 peringkat..



Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya....


Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua...
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya....
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak.. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD..

Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee.. setakat sebotol tak mabuk lagi."
Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... 


Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.. Pada peringkat ini akan terdengar suara suara, orang mula mempertikaikan hukum Al-Quran dengan mengatakan ianya tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana Al-Quran turun 1400+ tahun dahulu, dan ianya perlu dikaji atau ditafsir semula...

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini?"

Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." 

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut?" 

Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Wallahualam... 

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP